AKTA
PENDIDIKAN 1996
PENDAHULUAN
Akta Pendidikan 1996 merupakan suatu
akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara
berkaitan dengannya. Sebenarnya, Akta Pendidikan 1996 ini merupakan lanjutan
dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961. Akta Pendidikan 1996 terbahagi kepada
16 bahagian dan 17 peraturan yang berkaitan dengan pendidikan.
Berikut
adalah bahagian yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1996 :-
BAHAGIAN |
TAJUK |
1 |
Permulaan |
2 |
Pentadbiran |
3 |
Majlis
Penasihat Pendidikan Kebangsaan |
4 |
Sistem
Pendidikan Kebangsaan |
5 |
Penilaian
dan Peperiksaan |
6 |
Pendidikan
Tinggi |
7 |
Institusi
Pendidikan Tinggi |
8 |
Pendaftaran
Institusi Pendidikan |
9 |
Pendaftaran
Guru |
10 |
Jemaah
Nazir Sekolah |
11 |
Kewangan |
12 |
Rayuan |
13 |
Peraturan-peraturan |
14 |
Kesalahan
dan Penalti |
15 |
Pelbagai |
16 |
Peralihan
dan Pemansuhan |
Berikut
adalah peraturan yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1996 :-
PERATURAN |
TAJUK |
1 |
Pendidikan
Khas |
2 |
Persatuan
sekolah |
3 |
Kurikulum
prasekolah |
4 |
Kurikulum
kebangsaan |
5 |
Penilaian
dan peperiksaan |
6 |
Penggal,
hari dan cuti sekolah |
7 |
Pendaftaran
institusi pendidikan |
8 |
Institusi
pendidikan swasta (iklan) |
9 |
Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) |
10 |
Majalah
sekolah dan bahan multimedia |
11 |
Institusi
pendidikan swasta (piawaian) |
12 |
Peperiksaan,
penilaian dan pensijilan IPG |
13 |
Kursus
pengajian dan program latihan IPG |
14 |
Institusi
pendidikan swasta (disiplin murid) |
15 |
Peperiksaan
dan penganugerahan sijil/diploma politeknik |
16 |
Kurikulum
kursus pengajian dan program latihan di politeknik |
17 |
Penerimaan
masuk murid ke sekolah penyimpanan daftar dan syarat bagi pengekalan murid
belajar di sekolah |
Penggubalan Akta Pendidikan 1996 amat
penting bagi melestarikan pendidikan di Malaysia. Berikutan adalah kepentingan
penggubalan Akta Pendidikan 1996 :-
Ø Menjadikan
sistem pendidikan lebih sistematik
Dengan
panduan Akta Pendidikan 1996, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan
dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pendidikan pra
sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi dan juga merangkumi semua
kategori sekolah iaitu sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah
swasta. Hal ini dapat dibuktikan dengan Seksyen 15 dan Seksyen 16 dalam Akta
Pendidikan 1996 yang telah memperjelaskan tentang Sistem Pendidikan Kebangsaan
yang meliputi semua peringkat dan jenis sekolah atau institusi pendidikan
kecuali sekolah ekspatriat.
Ø Menjadi
garis panduan / rujukan pelaksanaan pendidikan
Akta
Pendidikan 1996 memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan
perubahan masa dengan mengutamakan ilmu pengetahuan sebagai penentu utama ke
arah tujuan negara dan penyelamat bangsa supaya dapat menjadikan Malaysia
sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bermutu tinggi. Di samping itu, Akta
Pendidikan 1996 juga melahirkan tenaga kerja dan rakyat yang mempunyai daya
ino!asi dan kreatif serta menyumbangkan fikiran dan tenaga terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluaga, masyarakat dan negara seperti termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Ø Memartabatkan
Bahasa Melayu
Akta
Pendidikan 1996 mengukuhkan kedudukan
Bahasa Melayu dengan peruntukannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan kebangsaan dan mata pelajaran teras. Demikian itu, Bahasa Melayu
telah dijadikan sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan. Menurut seksyen
17 dalam Akta Pendidikan 1996 Bahasa Melayu merupakan bahasa penghantar utama
di semua sekolah atau institusi namun ada kelonggaran di Sekolah Jenis Kebangsaan
atau sekolah- sekolah lain yang diberi pengecualian.
Ø Menyediakan
Kurikulum Kebangsaan dan sistem peperiksaan yang sama
Kurikulum
semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila
Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib
diguna oleh semua pihak. Oleh itu, murid-murid dari semua jenis dan kategori
sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh
kerajaan. Demikian itu,
kita
dapat menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian
murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita bagi melestarikan pendidikan di
negara kita.
Ø Mempertingkatkan
Pendidikan Teknik
Demi
melestarikan pendidikan di Malaysia, Akta Pendidikan 1996 menumpu perhatian
kepada kemahiran dan teknikanl selaras dengan kecenderungan terhadap pendidikan
sains dan teknologi bagi memenuhi tenaga kerja dalam sektor tersebut. Akta
Pendidikan 1996 telah menukar taraf sekolah vokasional kepada sekolah teknik
dan membolehkan politeknik untuk mengadakan program kerjasama dengan mana-mana
institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus
teknik atau vokasional, program latihan dan program pertukaran sama ada dalam
atau luar negara.
Ø Mengambil
kira kepentingan semua kaum
Akta
Pendidikan 1996 melestarikan pendidikan di Malaysia dengan mengambil kira
kepentingan semua kaum dan mengekalkan status kuo sekolah rendah jenis
kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Dalam hal tersebut,
sekolah-sekolah tersebut, lembaga pengelola dan sekolah conforming dan sekolah
mission kekal mengambil Unified Examination. Selain itu, Akta Pendidikan 1996
juga memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya
didapati munasabah dan praktik diadakan. Demikian itu, perpaduan dan
permuafakatan antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat terjamin.
PERBANDINGAN
AKTA PENDIDIKAN 1996 DAN AKTA PELAJARAN 1961
1961 1996
I. Berpaksikan Penyata Razak 1956.
II. Kurikulum kebangsaan dikuatkuasakan.
III. Pembangunan sekolah Vokasional untuk melatih tenaga kerja.
IV. Pendidikan rendah sebagai asas mencapai 3M (membaca. menulis, mengira)
V. Bahasa Melayu dikukuhkan sebagai bahasa
penghantar dan mata pelajaran
teras.
VI. Memupuk perpaduan rakyat melalui pembangunan
budaya, sosial, ekonomi dan
politik.
AKTA AKTA
PELAJARAN PENDIDIKAN
1961 PERBEZAAN 1996
Sekolah
batuan kerajaan sepenuhnya: i. Sekolah
rendah kebangsaan ii. Sekolah
menengah kebangsaan |
I. Sekolah
kebangsaan |
Sekolah
bantuan kerajaan sepenuhnya: i. Sekolah
Rendah: Sekolah
kebangsaan, SRJK(T) & SRJK(C) ii. Sekolah
Menengah: SMK |
Tiada
langsung peruntukan |
II. Kurikulum
kebangsaan |
Seksyen
18 : Memperuntukkan
semua sekolah perlu mengikut kurikulum kebangsaan melainkan yang
dikecualikan. |
Garis
panduan ini tidak wajib digunakan di semua tadika. |
III.
Pendidikan Prasekolah |
Seksyen
22: Memperuntukkan
garis panduan kurikulum untuk prasekolah bagi penyelarasan dan wajib
digunakan di semua prasekolah. |
Terbatas
kepada peringkat sekolah dan institusi kemahiran. |
IV. Pendidikan
Swasta |
Dibolehkan
dilaksanakan pada semua peringkat pendidikan dengan syarat mematuhi
undang-undang yang ditetapkan. |
Tiada
peruntukan berkenaan dengan perkara ini. |
V. Pendidikan
Teknik & Vokasional |
Seksyen
37: Politeknik
boleh mengadakan kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan
perindustrian. Seksyen
38: Politeknik
mengadakan kursus pengajian bersama peringkat sijil atau lain-lain kelayakan
dengan Universiti. |
Peruntukan
mengenai pendidikan guru terlalu umum. |
VI. Pendidikan
Guru |
Seksyen
47(1): Membolehkan
maktab perguruan mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan
mengadakan program kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan
lain. |
Kandungan Akta Pendidikan 1996
Akta
Pendidikan 1996 mempunyai 16 bahagian dan 17 peraturan yang berkaitan dengan
sistem pendidikan di Malaysia.
·
16 BAHAGIAN
Bahagian
1 |
Tajuk
ringkas dengan nama akta iaitu Akta Pendidikan 1996, tarikh mula kuatkusa
yang telah ditentukan serta tafsiran atau definisi. |
Bahagian
2 |
Pentadbiran
dengan melantik pegawai-pegawai untuk menguruskan hal-hal pentadbiran sistem
pendidikan di semua peringkat. |
Bahagian
3 |
Penubuhan
majlis pendidikan kebangsaan yang berfungsi menasihati menteri dalam hal
pendidikan dan boleh mengawal selia prosedur sendiri. |
Bahagian
4 |
Sistem
pendidikan kebangsaan yang terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan
rendah, pendidikan menengah, pendidikan tinggi dan tidak termasuk sekolah
expratriat Bahasa
melayu digunakan sebagai bahasa pengantar utama di semua institusi kecuali
sekolah jenis kebangsaan dan mana-mana institusi yang dikecualikan oleh pihak
menteri |
Bahagian
5 |
Penilaian
Dan Peperiksaan |
Bahagian
6 |
Pendidikan
Tinggi |
Bahagian
7 |
Institusi
Pendidikan Swasta |
Bahagian
8 |
Pendaftaran
Institusi Pendidikan |
Bahagian
9 |
Pendaftaran
Guru |
Bahagian
10 |
Jemaah
Nazir Sekolah |
Bahagian
11 |
Kewangan
|
Bahagian
12 |
Rayuan |
Bahagian
13 |
Peraturan-peraturan |
Bahagian
14 |
Kesalahan
dan penalti |
Bahagian
15 |
Kepelbagaian
kurikulum pendidikan |
Bahagian
16 |
Peralihan
dan pemansuhan |
Semua
bahagian-bahagian ini mempunyai peranan yang cukup besar bagi memantapkan
sistem pendidikan kebangsaan.
·
17 PERATURAN
Peraturan
1 |
Peraturan-peraturan
pendidikan (Kurikulum Pra Sekolah) 1997 yang mengandungi bahan kurikulum,
masa dan penilai ditentukan oleh ketua pendaftar dan penilaian dalam domain
kognitif, afektif dan psikomotor. |
Peraturan
2 |
Peraturan-peraturan
Pendidikan (Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik) 1997
bertindak dalam penubuhan Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan sijil satu
diploma politeknik, menentukan dasar, mengesahkan dan mengumumkan keputusan
peperiksaan, tindakan tatatertib, menimbang rayuan serta menentukan
penganugerahan sijil dan diploma. |
Peraturan
3 |
Peraturan
berkaitan kurikulum pra sekolah |
Peraturan
4 |
Peraturan
berkaitan kurikulum kebangsaan |
Peraturan
5 |
Peraturan
berkaitan penilaian dan peperiksaan |
Peraturan
6 |
Peraturan
berkaitan penggal, hari dan cuti sekolah-sekolah kerajaan |
Peraturan
7 |
Peraturan
mengenai pendaftaran institusi pendidikan swasta |
Peraturan
8 |
Peraturan
mengenai pengiklanan institusi pendidikan swasta |
Peraturan
9 |
Peraturan
mengenai penubuhan persatuan ibubapa dan guru (PIBG) di sekolah kerajaan. |
Peraturan
10 |
Peraturan
mengenai penerbitan majalah sekolah dan bahan multimedia di sekolah |
Peraturan
11 |
Peraturan
mengenai piawaian yang harus dipatuhi oleh institusi pendidikan swasta |
Peraturan
12 |
Peraturan
mengenai sistem peperiksaan, penilaian dan persijilan Institusi Perguruan
(IPG) di Malaysia |
Peraturan
13 |
Peraturan
mengenai kursus pengajian dan program latihan di Institusi Perguruan Malaysia
(IPG) |
Peraturan
14 |
Peraturan
mengenai kawalan disiplin murid di institusi pendidikan swasta |
Peraturan
15 |
Peraturan
mengenai sistem peperiksaan dan penganugerahan sijil/diploma di peringkat
pengajian politeknik |
Peraturan
16 |
Peraturan
mengenai kurikulum kursus pengajian dan program latihan di peringkat
pengajian politeknik |
Peraturan
17 |
Peraturan
mengenai penerimaan murid ke sekolah penyimpanan daftar dan syarat bagi
pengekalan murid belajar di sekolah |
Peraturan
Berkaitan Institusi Pendidikan
Ø Institusi
Pendidikan Swasta
ü Institusi
pendidikan swasta yang menyediakan pendidikan rendah atau menengah atau
kedua-duanya dikehendaki mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan (Seksyen 74)
Ø Pendidikan
Khas
ü Menteri
boleh mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau dimana-mana sekolah
rendah atau menengah (Seksyen 40) dan menteri mempunyai kuasa untuk menetapkan
tempoh serta pendidikan khas (Seksyen 41)
Ø Pendidikan
Islam
ü Pendidikan
Islam wajib diajar kepada setiap murid di semua jenis sekolah jika setiap murid
di semua jenis sekolah jika terdapat 05 orang / lebih orang islam (Sekyen 150)
Ø Bahasa
kebangsaan
ü Diperuntukkan
dengan jelas bahawa Bahasa Kebangsaan adalah pengantar utama dalam Sistem
Pendidikan Kebangsaan (Seksyen 17)
Ø Pendidikan
Guru
ü Maktab
perguruan boleh mengendalikan program pengajian di peringkat ijazah dan
lain-lain bentuk pengiktirafan kelayakan melalui program kerjasama dengan
institusi pendidikan tinggi atau university dari dalam atau luar negeri
(Seksyen 47)
Peraturan
Berkaitan Kurikulum
Ø Kurikulum
Kebangsaan
ü Wajib
digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan (Seksyen 18)
Ø Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan
ü Diperuntukkan
sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan (Sekyen 15) dan semua tadika
diwajibkan menggunakan garis panduan kurikulum prasekolah yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan (Seksyen 22)
Ø Pendidikan
Rendah
ü Tempoh
pendidikan rendah 5-7 tahun (Seksyen 29)
Ø Pendidikan
Menengah
ü Terbahagi
kepada 3 jenis pendidikan menengah di sekolah menengah kebangsaan seperti
sekolah menengah akademik, sekolah menengah teknik dan sekolah menengah
daripada apa-apa perihal lain yang ditentukan oleh menteri dari semasa ke
semasa.
Ø Pendidikan
Selepas Menengah
ü Pendidikan
ini telah diadakan di sekolah menegah, kolej-kolej atau institusi pendidikan
yang sesuai.
Ø Pendidikan
Tinggi
ü Untuk
mempertingkatkan penyertaan penduduk bagi kumpulan umur antara 19 hingga 24
tahun mendapat pendidikan tinggi dengan menambah bilangan university awam dan
institusi pendidikan tinggi swasta.
Ø Pendidikan
Teknik & Politeknik
ü Boleh
mengadakan program pengajian atau program peringkat sijil, diploma atau
lain-lain bentuk pengiktirafan kelayakan dengan institusi pendidikan tinggi
dalam dan luar negeri (Seksyen 38)
Ø Jemaah
Nazir Sekolah
ü Terletak
di bawah tanggungjawab Menteri Pendidikan (Seksyen 118) dan hanya berfungsi
sebagai penasihat (Sekyen 118).
Ø Penilaian
dan Peperiksaan
ü Murid-murid
daripada semua jenis dan kategori sekolah disediakan untuk mengambil
peperiksaan yang telah ditetapkan oleh kementerian (Seksyen 19 dan Seksyen 67)
Kesesuaian Akta Pendidikan 1996 dalam menghadapi
perubahan pendidikan di Malaysia.
Kementerian
Pendidikan sudah melakukan beberpa perubahan penting dilaksanakan sepanjang
sekarang ini dengan memberi tumpuan terhadap lima fokus utama yang membawa perubahan besar dalam sistem pendidikan
negara.Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata perubahan itu selaras visi
kementerian ke arah mencapai matlamat ‘pendidikan
untuk semua’.
selain menyasarkan penetapan asas yang kukuh bagi
memastikan sistem pendidikan tanah air yang inklusif dan berkualiti tinggi. Peraturan-peraturaan dan Undang-Undang
Malaysia AKTA 550 individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan
untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara".
1. Menyelesaikan masalah sekolah daif
Sekolah daif dan bermasalah di seluruh negara perlu memaklumkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) segera bagi membolehkan Kementerian Pendidikan mencari penyelesaian. Keutamaan perlu diberikan kepada sekolah-sekolah daif yang diisytiharkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya dan menekankan aspek pemantauan di dalam kementerian bagi keberhasilan sesuatu pelaksanaan projek. Sebelum ini, Menteri Kewangan,mengumumkan peruntukan sebanyak RM783 juta untuk baik pulih sekolah daif menerusi Belanjawan 2020 untuk menyelesaikan masalah sekolah daif di seluruh negara.
2. Menghapuskan tugas-tugas pekeranian
guru yang membebankan
semua guru di Malaysia akan dikecualikan daripada beban tugas kerani sebagai langkah memperkasa profesyen perguruan sekaligus menjadikan profesion guru lebih fokus kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pada tahun 2019 Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, satu pelan strategik akan dibentangkan pada Disember bagi mengurangkan beban guru daripada tugas perkeranian. Malah katanya, isu guru dibebani dengan tugas kerani itu sememangnya satu isu yang sering diutarakan warga pendidik termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP).Tambah lagi, tugas kerani ini bukan sahaja memberi membebankan malah menyebabkan ramai warga pendidik tidak dapat mengoptimumkan tenaga mengajar mereka sepenuhnya. Pasti ramai yang beranggapan tugas guru ini hanyalah untuk mendidik anak bangsa di sekolah sahaja.Tetapi, hakikatnya kerjaya sebagai guru pada masa kini dilihat semakin mencabar kerana tugas mereka bukan hanya sekadar mengajar tetapi mereka juga dibelenggu dengan beban tugas perkeranian.Jika dahulu, guru hanya perlu mengajar anak murid, membuat kertas peperiksaan serta menyemak kertas peperiksaan anak muridnya sahaja.Tetapi kini, seiring dengan teknologi semasa, pelbagai aplikasi dan sistem baru secara dalam talian diwujudkan bertujuan supaya warga pendidik mengaplikasikan teknologi yang ada sebaik mungkin dalam mendidik pelajar. Perubahan ini dilkasanakan bahawa Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kursus Pengajian dan Program Latihan) (Maktab Pendidikan Guru) 1997.
3 Memasuhkan peperiksaan bagi murid
tahap 1 (peringkat pendidikan rendah) dan diganti dengan Pentaksiran
Alternatif.
Pentaksiran alternatif akan menggantikan peperiksaan formal bagi murid Tahap Satu Tahun 1,2 dan 3 di semua sekolah rendah bermula.Pada tahun 2019 Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr. Amin Senin berkata, bentuk pentaksiran itu akan bertumpu kepada perkembangan pembelajaran murid atau berorientasikan pembelajaran dan tidak lagi memberi penekanan kepada peperiksaan atau berorientasikan peperiksaan. Menurut Dr. Amin, pentaksiran alternatif sesuai dimulakan pada Tahap Satu sekolah rendah kerana pertumbuhan murid yang berlaku dengan pesat dalam tempoh tersebut.Pembelajaran pada tahap berkenaan juga penting sebagai asas untuk murid mengoptimumkan perkembangan dan pertumbuhan mereka pada tahap pembelajaran yang seterusnya.“Pentaksiran alternatif dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti seperti perbincangan, persembahan, kerja projek, tugasan, amali, pemerhatian, portfolio, pameran dan aktiviti pentaksiran lain. Menurut beliau, pentaksiran alternatif adalah sebahagian daripada proses pembelajaran serta seiring dengan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) salah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PB) yang berfokus kepada perkembangan dan kemenjadian murid secara holistik.Menerusinya akan menggalakkan guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti melaksanakan pengajaran berbeza dan pengajaran pemulihan mengikut tahap keupayaan murid.Hasil pentaksiran boleh membantu guru dan ibu bapa untuk menilai dan menambah baik pembelajaran murid. Perubahan ini dilakasanakan bahawa Peraturan-Peraturan Pendidikan (Peperiksaan, Penilaian dan Pensijilan) (Maktab Pendidikan Guru) 1997.
4. Menekankan pendidikan berteraskan
nilai-nilai murni
Penerapan
nilai-nilai murni perlu disemai bagi meningkatkan akhlak yang mulia kepada
golongan pelajar. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (1994) menjelaskan penerapan
ialah hal atau perbuatan menerap atau menerapkan sesuatu, penambahan
pengetahuan baru ke dalam pangkalan pengetahuan sedia ada. Penghayatan adalah
perihal kepada kata kerja menghayati. Antaranya, mata pelajaran Pendidikan
Sivik akan diwujudkan semula dengan penambahbaikan kandungan kurikulumnya. KPM juga
akan memperkenalkan semula subjek “pengajian sivik” di semua peringkat sekolah
dan dalam usaha menghidupkan semula TV pendidikan secara percuma. Di peringkat
Universiti pula, KPM bercadang memperkenalkan dua subjek: Falsafah dan ethics. Perubahan ini dilakasanakan
bahawa Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997.
5. Menyediakan sarapan dan bantuan
kepada murid B40
Tujuan
utama pelaksanaan Program Sarapan Percuma (PSP) ini dilaksanakan dengan untuk
memberikan makanan berkhasiat yang mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan
seimbang bagi memastikan murid mengamalkan pengambilan sarapan, gaya hidup
sihat serta merangsang proses tumbesaran mereka. Seterusnya, Kumpulan sasar
bagi program ini adalah semua murid warganegara sekolah rendah kerajaan dan
bantuan kerajaan dengan anggaran seramai 2.7 juta orang. PSP akan
menggunakan kaedah pengurusan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sedia ada dan
sarapan ini nanti akan disediakan oleh pengendali kantin di setiap sekolah
terlibat.
6. Kanak-kanak tanpa dokumen boleh
mengikuti persekolahan
Tanpa
warganegara boleh masuk sekolah kerajaan dengan hanya beri sijil kelahiran.Pada
tahun 2019 Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, pelbagai jenis
dokumen yang diperlukan sebelum ini telah menyebabkan anak-anak tanpa status
warganegara mengalami kesulitan untuk diterima masuk ke dalam sistem pendidikan
negara. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada bekas Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dua tahun lalu, dianggarkan seramai 300,000
anak tanpa warganegara berusia 18 tahun ke bawah di Malaysia.Justeru, pihak
kementerian kini dalam usaha untuk memudahkan proses pendaftaran anak-anak ini
supaya mereka juga berpeluang untuk belajar di sekolah kerajaan dan menerima
pendidikan yang selayaknya.
Dengan menyediakan salah satu daripada tiga dokumen
iaitu sijil kelahiran, perintah mahkamah atau sijil mengambil anak angkat, ia
sudah mencukupi untuk membolehkan anak tanpa kewarganegaraan dimasukkan ke
sekolah kebangsaan”Jika seseorang kanak-kanak tiada sebarang dokumen yang
disebutkan, mereka perlu mendapatkan pengesahan daripada ketua kampung atau
wakil rakyat. Namun begitu, anak tanpa warganegara yang tiada dokumen perlu
melengkapkan dokumen-dokumen yang diperlukan dalam masa dua tahun.
KESIMPULAN
Mengakui
bahawa ilmu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat
bangsa.Tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat menguasai ilmu
kemahiran dan nilai-nilai murni.Pendidikan mempunyai peranan penting dalam
menjayakan wawasan negara untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan arah
mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal, dan dinamik.
Adalah menjadi misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia
dari segi kualiti. Dasar pendidikan kebangsaan adalah berlandaskan falsafah pendidikan
kebangsaan.Bagi membolehkan dasar-dasar dan sistem pendidikan dilaksanakan maka
Akta Pelajaran 1961 telah dibentuk.Akta ini kemudiannya dimansuhkan dan
diwartakan pula Akta Pendidikan 1996 pada 1 ogos 1996 bagi membolehkan
syor-syor yang dikemukakan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 dan
perubahan pendidikan semasa dilaksanakan.Sehingga kini perkembangan dan
pembangunan pendidikan yang berlaku di Malaysia adalah tertakluk kepada segala
perkara yang terkandung di dalam Akta Pendidikan 1996. Penyediaan pengajaran
yang cekap dengan mengambil kira bahawa murid harus didik mengikut hasrat ibu
bapa masing-masing.